Sinopsis Judi Judi King Boss

Filem JJKB mengisahkan tentang Ah Boon dan rakan-rakannya yang mahu mencari duit lebih untuk kehidupan yang lebih senang. Dia bersama rakan-rakannya membuka perniagaan judi haram. Pada mulanya rakan-rakan Ah Boon teragak-agak tetapi kemudian mereka mengambil keputusan untuk mengikutnya. Ah Boon mengambil duit kekasihnya, Skye untuk membuka perniagaan judi haram itu. Akibat daripada itu, Skye berang dan membenci kekasihnya. Ah Boon mula mencari jalan agar Skye memaafkannya. Sementara itu, perniagaan judi haram Ah Boon berdepan masalah apabila sebuah kumpulan lain yang diketuai oleh Kong Aik turut menjalankan perniagaan judi di kawasan itu.